Thursday, 12 September 2013
RAWATAN BEKAM
Perubatan berbekam merupakan perubatan wahyu kerana
kaedah rawatan telah menjadi amalan Rasulullah SAW.
Bahkan pesanan berbekam ini diterima oleh Rasulullah SAW
dari para malaikat semasa perjalanan Isra’ Mikraj.
Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik pengubatan yang
kamu pergunakan menjadi ubat adalah Berbekam”. [Hadis
riwayat Bukhari & Muslim].
Dan lagi: “Selama aku berjalan pada malam Isra’ bersama
malaikat, mereka selalu berkata: Hai Muhammad, suruhlah
umatmu berbekam”. [Hadis riwayat Ibnu Majah].
Dan lagi: Rasulullah S.A.W. ada menyebutkan mengenai tiga
perkara tentang penyembuhan, “Kesembuhan ada tiga
perkara: minum madu, berbekam dan bakaran api (Al-Khayy),
tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan
api”. [Hadith riwayat Bukhari & Muslim].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment