Thursday 12 September 2013

KENAPA PERLU BERBEKAM

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. 

 Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal, hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.

Rasulullah SAW bersabda: “Berbekamlah… jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah, maka ia akan membunuhmu”. [Hadis riwayat Bukhari & Muslim].

Berbekam adalah rawatan pencegahan dan penyembuhan. Rasulullah SAW bersabda: “Diharuskan berbekam pada lekukan leher sebelah atas. Sesungguhnya hal itu menjadi ubat kepada 72 jenis penyakit”. [Hadis riwayat Bukhari & Abu Naim].

Kepada yang mengalami sakit kepala, pening atau migrain, Rasulullah SAW setiap kali sahabat menemui baginda menceritakan tentang sakit kepala yang dialami mereka, pasti baginda bersabda: “Berbekamlah”. [Hadis riwayat Bukhari & Abu Daud].





No comments:

Post a Comment