Thursday 12 September 2013

KENAPA PERLU BERBEKAM

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. 

 Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal, hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.

Rasulullah SAW bersabda: “Berbekamlah… jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah, maka ia akan membunuhmu”. [Hadis riwayat Bukhari & Muslim].

Berbekam adalah rawatan pencegahan dan penyembuhan. Rasulullah SAW bersabda: “Diharuskan berbekam pada lekukan leher sebelah atas. Sesungguhnya hal itu menjadi ubat kepada 72 jenis penyakit”. [Hadis riwayat Bukhari & Abu Naim].

Kepada yang mengalami sakit kepala, pening atau migrain, Rasulullah SAW setiap kali sahabat menemui baginda menceritakan tentang sakit kepala yang dialami mereka, pasti baginda bersabda: “Berbekamlah”. [Hadis riwayat Bukhari & Abu Daud].





RAWATAN BEKAM



Perubatan berbekam merupakan perubatan wahyu kerana 

kaedah rawatan telah menjadi amalan Rasulullah SAW.

Bahkan pesanan berbekam ini diterima oleh Rasulullah SAW 

dari para malaikat semasa perjalanan Isra’ Mikraj. 


Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik pengubatan yang 


kamu pergunakan menjadi ubat adalah Berbekam”. [Hadis 

riwayat Bukhari & Muslim].



Dan lagi: “Selama aku berjalan pada malam Isra’ bersama 


malaikat, mereka selalu berkata: Hai Muhammad, suruhlah 

umatmu berbekam”. [Hadis riwayat Ibnu Majah].



Dan lagi: Rasulullah S.A.W. ada menyebutkan mengenai tiga


 perkara tentang penyembuhan, “Kesembuhan ada tiga 

perkara: minum madu, berbekam dan bakaran api (Al-Khayy),

tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan 

api”. [Hadith riwayat Bukhari & Muslim].

BERBEKAM ADALAH RAWATAN PENCEGAHAN DAN PENYEMBUHAN



Rasulullah SAW bersabda: “Diharuskan berbekam pada 

lekukan leher sebelah atas. Sesungguhnya hal itu menjadi 

ubat kepada 72 jenis penyakit”.

 [Hadis riwayat Bukhari & Abu Naim].



Kepada yang mengalami sakit kepala, pening atau migrain, 

Rasulullah SAW setiap kali sahabat menemui baginda 

menceritakan tentang sakit kepala yang dialami mereka, pasti

 baginda bersabda:

 “Berbekamlah”. [Hadis riwayat Bukhari & Abu Daud].

KELEBIHAN BERBEKAM MENGIKUT RASULULLAH

Nabi S.A.W bertemu malaikat di langit melainkan berpesan dengan mereka itu dengan katanya”Alaika Bil Hajamah”Ertinya lazimkan atasmu Ya Muhamamad dengan berbekam”maka berbekam itu sangat baik pada mengeluarkan darah-darah kotor dan angin-angin kotor di dalam badan atau di kepala seperti sabda Rasulullah S.A.W ertinya”Bermula sebaik-baik itu ialah berbekam dan sabdanya lagi”Sebaik-baik hari kau berbekam padanya hari yang ketujuh belas,dan hari yang kesembilan dan hari yang kedua puluh satu pada tiap-tiap bulan dan melalui malaikat pada malam aku di israkan berkata mereka itu”Ya Muhammad dengan berbekam.”

Imam Bukhari berkata”Dari Jabir bin Abdullah,katanya:Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,jika terdapat kebaikan pada ubat-ubatan kamu,maka sebahagiannya wujud daripada berbekam.Berbekam merupakan satu cara pembersihan darah, dengan mengeluarkan sisa toksik dari badan melalui kulit secara sedutan.Ia merupakan perubatan Islam yang telah diamalkan 1400 tahun dahulu sehingga hari ini.
Bekam adalah sistem pengubatan Rasulullah S.A.W yang dinyatakan baginda oleh hadis-hadis berikut.Dari Anas Bin Malik r.a:Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:Bahawa tidak saya berjalan pada malam israk dengan malaikat melainkan mereka berkata,Wahai Muhammad perintahkanlah ummatmu dengan berbekam”.Dari Nafiq r.a Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:Barangsiapa yang berbekam maka keatasnya keberkatan dari Allah SWT dan berbekam menghilangkan kahak,lendir dan lemak”.Dari Ibnu Abas r.a Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:Sebaik-baik ubat adalah berbekam kerana ia menghilangkan penyakit, meringankan pinggang dan mencerahkan mata.



HUKUM BERBEKAM

Berbekam adalah diharuskan kepada kita.Menurut Imam Al-Ghazali berbekam termasuk Fardhu Kifayah,jika sesuatu wilayah tidak ada seorang pun yang mempelajari dan mengamalkannya maka semua penduduknya akan berdosa.

SENARAI PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN DENGAN BERBEKAM








1 Kegemukan (Obesiti)
2 Elephantiasis (Penyakit Kaki Gajah / Untut)
3 Sciatica (Sakit Pinggang)
4 Sakit Perut
5 Sembelit
6 Gangguan Jantung & Lambung
7 Menunrunnya Fungsi Rusuk, Peradangan dan Nyeri Peru
8 Alergi Makanan
9 Sengal Tulang
10 Sesak Nafas
11 Asma
12 Insomnia (Susah Tidur)
13 Cirit Birit
14 Kejang Otot
15 Kencing Manis
16 Gangguan Pundi Empedu dan Hati
17 Menggigil Tanpa Demam
18 Kencing Malam
19 Tonsil
20 Gatal-Gatal (Harsh)
21 Radang Usus Besar
22 Tekanan Jiwa yang Berat (Stress)
23 Gangguan Pundi Empedu
24 Pusingan Haid Tidak Teratur
25 Ginjal
26 Tekanan Darah Tinggi
27 Sakit-sakit Lutut
28 Sakit-sakit Di Kaki
29 Sakit Di Sekitar Tulang Belakang
30 Gangguan Jiwa
31 Lumpuh kerana Penyumbatan Pembuluh Darah Otak (Strok)
32 Encok (Gout)
33 Rematoid
34 Luka, Bisul Di Betis dan Punggung serta Gatal-gatal
35 Menurunnya Daya Tahan Tubuh
36 Sinus
37 Sakit Di Daerah Perut
38 Gangguan Rusuk dan Penyakit Kulit Rusuk
39 Buasir
40 Penyakit Jantung
41 Mandul
42 Terlalu Banyak Tidur
43 Sakit Kepala Sebelah (Migrain)
44 Memperbaiki Peredaran Darah
45 Pembuluh Darah Sempit dan Sumbat
46 Sakit Punggung
47 Sakit Bahu dan Tengkuk
48 Sakit Bahu
49 Badan Kurus
50 Untuk Membantu Meninggalkan Merokok
51 Kurang Dengar, Radang dan Bengkak Telinga
52 Jangkitan Kuman
53 Melancarkan Perjalanan Darah
54 Menurunnya Aliran Darah
55 Tingkatkan Daya Ingatan
56 Tingkatkan Konsentrasi
57 Fistula Ani
58 Sakit Pinggang
59 Sakit Punggung
60 Gangguan Pundi Kemih
61 Kaki Kesemutan
62 Tangan Kesemutan
63 Salah Urat
64 Lumpuh Menyeluruh
65 Pening Kerana Gangguan Perut @ Sembelit
66 Gangguan Pada Prostat dan Lemah Syahwat
67 Pening Kerana Gangguan Tulang Belakang atau Gangguan Pada Empedu dan Hati
68 Pening Pada Waktu Haid Bagi Wanita
69 Rasa Sakit Di Bahagian Paha dan Telapak Kaki
70 Dingin Di Telapak Kaki
71 Nervous (Tegang / Gelisah)
72 Tumor Otak
73 Penebalan dan Pengerasan Telapak Kaki
74 Lutut yang Kaku
75 Gangguan Pankreas
76 Kejang-kejang
77 Tidak Boleh Bercakap
78 Penyakit Mata
79 Lemahnya Fungsi Sel-sel Otak
80 Berhenti Haid
81 Pembekakan Testis
82 Tekanan Darah Rendah
83 Berbagai Penyakit Rahim
84 Keluarnya Cairan Vagina Tanpa Bau, Warna dan Tanpa Rasa Gatal
85 Keluarnya Cairan Vagina
86 Peradangan Saraf Trigeminus (44) dan Facialis (45)
87 Untuk Meningkatkan Prodcuktiviti Indung Telur (Kesuburan)
88 Pusing Kerana Mata Lelah
89 Batuk Kronik dan Penyakit-penyakit Paru-Paru
90 Sakit Kepala Pening Kerana Tekanan Darah Tinggi
91 Sakit Kepala Kerana Radang Di Sekitar Rongga Hidung
92 Pening Kerana Anemia
93 Pening Kerana Influenza

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari